CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnangers

My Heartbeat

GuestBook

Soul

23 Februari 2011

Luahan Hati Kisah Ayah Yang Berjauhan

Entry panjang lebar. Harap bersabar.

Salam pembaca blog Ayu dan semua yang menyinggah. Walau x sempat baca kisah di sini. Ayu tetap hargai kehadiran anda semua. Sebelum bicara lebih lanjut, Ayu nak mohon maaf kepada anda semua sebab Ayu sampai hari ni tak balasbalas lagi kunjungan anda yang berkuncung mahupun membalas di SB. Maaf ye... InsyaAllah, dengan segera akan dilakukan bila masa betulbetul mengizinkan.

Ingin berkongsi sikit kisah keluarga...... Wahh, ayat dari awal nampak macam sedih jek. Hishh, x sedih sangat. Jangan merahmerah mata dulu.... Hehehe.

Masalah dalam keluarga kami ialah Ayah. Kenapa ngn Ayah? Ayah dok jauh....nun di utara tanah air. Tapi bukanlah di hujung utara ye. Ayah bukan berjauh hati bukan jugak sengaja nak berjauhan dengan kami. Dek kerana 'Saya Yang Menurut Perintah' makanya Ayah berada jauh dari kami.

Ayah mula berjauhan dari kami sejak 2006. Hah, sampai 2011 ni da dekat 5 tahun jugak Ayah mengukur Lebuhraya Utara Selatan. Agakagak Ayah mesti da hafalkan lekuk, lubang, bengkok di highway Negara kita.

Mulamula Ayah ditukarkan ke Taiping. Tapi bagi kami Taiping x la jauh sangat dengan Ipoh. Memang kamu pun selalu ke sana. Seronok sebenarnya berada kat Taiping. Makanan pun bestbest. Hahaha...asyik ingat makan jek.

Pastu Ayah dinaikkan pangkat. Tak besar mana pangkatnye pun. Namun Alhamdulillah. Rezeki dalam keluarga kami. Tak silap Ayu, Ayah n Ayu samasama dapat naik pangkat pada tahun yang sama. Rezeki...rezeki. Syukur Alhamdulillah. Semasa ni la journey Ayah makin mencabar. Ayah berulang alik hampir setiap minggu dari Ipoh ke Alor Star ke Ipoh. Kadangkadang naik bas. Kadangkadang naik kereta. Risau mak usah dikata. Sama jugak ngn Ayu. Drive sorangsorang pergi balik. Dengan doa kami semoga perjalanan Ayah pergi & balik sentiasa dilindungi Allah swt. Amin.

Barubaru ni lepas penat lelah mohon pertukaran, Ayah ditukarkan ke Kulim. Masih jauh jugak!!!

Ayah da umur 51 tahun. Rasanya umur macam ni lebih enak kalau bersama keluarga. Ini tidak!! Dok berulang alik mengukur jalan.

Apa yang sedih dalam banyakbanyak gaji Ayah, sekarang & keselaluan je duit Ayah tinggal RM1 RM2 kadangkadang kosong beg duit Ayah tu. Sedih kan???

Ye la..kalau Ayu bantu pun berapa sangat la. Yang pelik orang ingat kami kaya. Amin kan aje. Tapi bukan la kaya pun. Cukupcukup makan je la kami. Kereta memang sorang satu. Tapi semua duit masingmasing. Terpaksa amik kereta sorang satu sebab memang terpaksa. Larat ke mak nak anta Ayu g keje adik g sekolah. Keluar rumah awal walhal masuk kerja kul 9 pagi?

Hurmm, sampai bila Ayah kene berulang alik? X pasti!!! Xkan mak nak kene panjat Bkt Aman jumpa Ketua Polis merayu??? Mak ikut Ayah g sane? Susah sbb mak kerja... dia pun takut kalau x cukup belanja bila ikut Ayah g sana. Nak tukar sekolah apa semua lagi...mmg banyak kerja.

Doa saje kepada Tuhan. Moga Ayah lekaslekas dapat tukar kat Ipoh. Agakagak Ayah da boleh pencen kot... Dok tolong mak ckt2... Pun ok jugak........ Umur semakin meningkat. Masalah tak surutsurut. Dugaan... Terima dengan sabar.

Kalau la ade sedare ke anak beranak Ketua Polis Negara baca luahan hati Ayu ni. Mintak tolong sampaikan cerita ni kepada beliau. Kot kot la beliau nak tolong tukarkan balik Ayah ke Ipoh. Tak seronok jugak. Bila Ayah nak balik sane jek die macam marahmarah la apa la.........

Cukup sudah meluah rasa. Semoga dapat bercerita lagi.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnangers