CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnangers

My Heartbeat

GuestBook

Soul

30 April 2011

Cerita Tentang Majlis Pekahwinan: Tapai Pulut untuk Tempahan di Ipoh, Perak

Salam...
Hi semua. Bertemu kembali. Update belog hari Sabtu...pelik lak rasenye. Jarang sekali dibuat oleh saye. Kebetulan melepak depan lappy dgn meja lappy yg baru (dibeli oleh ayah bagi menyempitkan lagi rumah yg sedia sempit)...tu yang terajin mengapdate ni. Hehehe...

Edisi seterusnya, tapai. Tapai pulut...nyum..nyum..sedap tapai ni kalau di makan ngn ice cream. Ice cream vanilla...mmg menjilat jari la.

Ade jugak orang x makan tapai...kate deme 'geli!! Ntah...bg saye...ia sgt sedap. Ok?

Owh, tadi baru p amik tapai untuk Majlis Pertunangan HalizaHadjree esok. Hadjree bertandang dari rumah saya sebab dia anak angkat mak merangkap adik beradik angkat ngn ktorg adik beradik. So, cam x tau nak buat ape yg lain dari yang lain. Saye order tapai... G amik da tadi.

Tapai Wak Tijah ni sgt sedap ye.. Orang tua lame-lame yang buat. Mestilah sedap.... Kalau yang dok sekitar Ipoh,nak tempah tapai. Tempah la kt Wak Tijah. Murah pun murah..... Sedap usah cakap la.



Inilah rupa tapai k...

Selamat menjamu selera....

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

29 April 2011

NOTA CINTA 9 : Semakin Hari Semakin Sayang

Tu pentingnya keyakinan & ketabahan dalam diri. Iman kita goyah disebabkan nafsu. Bila nafsu mengawal diri hati pun tak menentu. Banyak solat & berdoa kepada Allah swt. Cinta yang setia datang dari hati yang cintakan Allah swt & nabinya. Cinta kita putih & kita yang mewarnainya. Cinta dari paksaan tiada kebahagiaan...

Allah swt akan merahmati perkara yang baik.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

27 April 2011

NOTA CINTA 8 : Celcom

Salam..
Hi semua... Alwiz miz my blog. Tapi bukanla saye ni x da kerja lain selain dari menatap blog, FB, FS. Kadang-kadang tu banyak perkara yang membataskan untuk menatap dan mencayorkan diri kat blog & FB & FS jugak... Hahaha...ade ke orang layan FS lg??? Owhh...lupekan Twitter pulak. Hah, Twitter sekali ye.

Tadi pagi saye singgah sekejap kat Celcom untuk dapatkan line Celcom. Try Celcom pulak sebab Digi & Maxis da pernah try. Digi & Maxis agak-agak cam cekik darah jugak la. Cam x boleh blah je bile time dapat bil. Tapi sangat missssssss my Digi no... Mahal tau angkat no tu. Last-last burn jugak. Huhu...

No Celcom baru - line baru - phone tarak lagi. Ingatkan nak amik yang Blackberry Packages. Hah, yang beria-ria sgt nak amik BB ni sbb Adik Su Long (Liza & tunang) pakai BB & saye selalu contact mereka. Kan jadual saye sgt padat di waktu petang dengan Liza - jogging la - karaoke sudah pasti - menari - treatment muka - treatment rambut - mmg hari-hari ade je plan kami. So, konon nak save la bajet mencolling-colling & sms...nak la pakai BB. Nnt ape-ape hal nak cakap, BBM aje... Hahaha....
Rasenye boleh berjimat kot dengan Celcom ni....

Pakej Coll & SMS rendah jugak. Kadar tetap ke semua rangkaian. Memang ok sangat la. Pastu siap bagi diskaun lagi if jumlah bil anda mencapai total tertentu. Tak pe...x mo puji banyak. Kita try dulu. Ok??? Ok yer...

Sambil tu menanti jugak IPHONE 4 pakej dari Celcom. Next Month katenye... Kot-kot pakej terbaik. Rentap aje la kan. Tapi dok bekenan sangat kat Samsung  GALAXY Tab sebab besaq yer. Puas ati kot segenggam pegang dia jek. Hahaha... Cantik.. Cara.. Layan.. terbaik.. Boleh update blog selalu kan? Hurmm...tp camera rasenye cam x berapa ok la. Sebab kan saye memang nak lagi satu HP yg camera sgt cantik hasilnya... Xpela, pelan-pelan kayuh. Kot-kot dapat duit terpijak, ko beli la satu kedai Celcom tu Ayu oiii!!

Hah...da nak mase balik da. Buat keje sikit. Pasni nak p OTK dengan Liza, Zila & Syeema. Ahli group yang semakin bertambah.

Sedang pikirkan name group. Hahaha... GEDIX aje kan?

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

26 April 2011

NOTA CINTA 7 : Ku Merindu

KU MERINDU
by: Ella ft Shah

Shah:
Ku merindu
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

(Korus)


Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…
Na na Na… Na na Na..

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 6 : Tarikh yang baik untuk berkahwin

Salam...
Hi dear... Ape khabarkah anda semua? Harap semua ok dan dalam keadaan hepi-hepi selalu. Gedix ea saya sbb buat entry seperti tajuk di atas. Ehhh, jgn la salah paham.... ni nak berkongsi je ngn anda semua. Tak ingat da dapat info ni kat mana...mmg save dlm PC sbb senang nak check bila sampai masanya nant....

Mood: Halaman Asmara!!!

Ikut tarikh dalam Islam ye....

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. (tarikhku! minta dipermudahkan segala perancangan, amin!)

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. 

24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Jadi untuk yang memilih:
11.11.2011 - 15 Zulhijjah 1432 (OK) 
20.11.2011 - 24 Zulhijjah 1432 (TAK OK)


Lurve,

~ ^^Ayu^^ ~

25 April 2011

Blur sangat-sangat!!! Al-Maklumlah tak pernah renew road tax kt JPJ....

25.04.2011
Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Perak.

Tujuan:
Untuk renew road tax kereta kesayangan A . Y 2 ? 7 2

(No plat kete kat Perak da AHM 8752 hari ni. Sempat ke saya hidup untuk dapatkan plat AYU 2 ? 7 2)

Masalah:
Tak tau nak parking ktne sebab tak tau ktne tempat renew road tax. Pastu JPJ nye arah penunjuk jalan memang sangat mengelirukan. Saya rasa pihak JPJ haruslah jadikan tempat tu lebih mesra pelanggan. Ini kerana saya telah terkontang kanting mencari tempat untuk renew road tax...!!

Tapi kredit untuk staff JPJ Negeri Perak (IPOH) sebab service memang cepat. Tahniah..kalau boleh lebih cepat lagi, lebih bagus.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Sebelum terlewat waktu. Entry buat HalizaHadjree!!

Kawan baik saya dari sekolah rendah (ayat yang Cik Adik Manis Liza selalu guna)

Selamat datang ke dunia blog berblog ni Cik Puan Halizahadjree!! 

Saya sayang kamu. Terima kasih kita tetap jadi kawan walau kita pernah hadapi satu tahap kehidupan yang agak membencikan antara satu sama lain. Saya mintak maaf untuk itu. Saya harap kita terus jadi 'KAWAN BAIK'. Walau saya agak sedih kerana Adik Su Long akan bertunang & berkahwin (sebab sape nak teman saya OTK pasni).... Namun saya gembira atas kebahagiaan adik-adik saya ni.

We Lurve OTK so much!!



From left:
Abang Su Long aka Jeffry Hadjree Anuar
Adik Su Long aka Haliza Ali Hamzah
Kakak Su Long aka Nor Yuhaini Mohd Radzi
Ours' with Lurve
Survive with Music
P/S:
Sila abaikan muka yang sangat tak bermaya itu kerana kami baru buat Face Spa. Jadi jaga la kulit muka dengan tidak bermake-up!!

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Kawan Baru Saya

Salam & Selamat pagi....

Tiada lagi Isnin yang muram hari ini dan saya terus tersenyum. Wahh...suka, senang hati, gembira...!! Owhh...ok..ok...sudah-sudah la tu kan. Ok, ni merupakan entry balasan buat Cik Puan Bye Zura. Kawan baru saya.

Terima kasih buat entry spesel untuk saya ye Zura. Uhh, hargainya sangat-sangat. Selamat berkenalan ye... Hahaha.

Kenal Zura x sengaja je... Ni la katenye takdir. Hah...jangan memain ea....!! Kecik je dunia ni. Zura orang Ipoh juga.

Doa saya sentiasa mengiringi bakal pengantin ini. Semoga segalanya selamat & anda berdua bahagia sampai akhir hayat. Amin....


Curi gambar awak tanpa izin
Marah x?
X marah kan??
Awak yang cantik...


Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 5 : Ku Berjanji Kerna Cinta

Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu‘
Tuk bersama selamanyaKita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Chorus


Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ulang Chorus

Meraihmu menggapaimu
(Ku berjanji kerna cinta)
Kerna cinta
(Ku berharap kerna kasih)
Kerna kasih

Ulang Chorus

Pernah berpisah
Sampaikan nanti

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 4 : Seribu Kemanisan

Seribu Kemanisan
by: Siti Nurhaliza

Seindah sinar pelangi
Serinya menawan hati akan menghilang
Disaat terlena sinar mentari
Hanyalah sang rembulan
Dan bintang kan menghiasi
Seri malam...

Usahlah mendusta hati
Lena didakapi mimpi
Menyapa keluhan
Yang akhirnya akan mengundang rawan
Yakinlah kan bersama
Andainya telah tercipta
Panca persada...

Himpunkanlah kekuatan
Usahlah ditaburkan
Seribu kemanisan harapan
Dari genggaman

Semarakkanlah warna asmara
Pabila tiba ketikanya
Keleraikanlah jalinan cinta
Menjadi satu dalam jiwa
Relaikanlah tiap keresahan
Diufuk kemawan
Tautkan keindahan
Kebahagiaan

 

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 3 : Luahan Hati

Luahan Hati
by: Kristal 

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih....

 
  
Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 2 : Ingatan kepada yang perlu.....

05042011 - Aku

17042011 - Dan

18042011 - Kamu

19042011 - Kini

20042011 - Dan

24042011 - Selamanya

Kerana Allah swt telah takdirkan begini dan hanya kerana izin-Nya ini semua berlaku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 1 : Alhamdulillah..... Mensyukuri segala nikmat dunia yang Dia berikan. Alhamdulillah.....

Alhamdulillah...

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat-Mu Illahi.
Semoga aku tidak alpa dengan nikmat dunia yang Kau berikan Ya Allah...
Amin...Amin...Amin Ya Rabbalalamin. 

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

21 April 2011

Cerita Tentang Majlis Perkahwinan : Cerita Tentang Caterer

Salam.
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia...
Salam Perak Amanjaya....

Hi, bertemu kembali kita dalam Rancangan Sendukkk Fifi (Hot FM). Hahaha... Kasi lawak ckit. Lawak x?? X lawak? Xpela... x yah gelak ok!!!

Sahabat-sahabat, ape khabar hari ni? Wahhh... ayat biasa yg saya gune (sekejap je da hari Khamis. cepat betul masa berlalu kan?)... biasa kan? biasa kan baca ayat ni? Ermmm... harap anda semua sihat di hari Khamis yang indah permai.

Mood: Keliru Dalam Bunga-Bunga Cinta.

Ok..ok... Jgn sembang karut banyak-banyak. Orang x suka kan???

So, cite sikit la pasal isu Caterer / Catering ni. Op kos dalam sesuatu Majlis bab-bab makan ni sangat-sangat la penting ye. X kisah la masak sendiri or upah orang. Wajib ade makanan, paling haprak pun... beli goreng pisang tepi jalan. Betul x? Ishh... op kos la betul kan?

Untuk Cik Bakal Jadi Puan Bye Zura.

Merujuk kepada pertanyaan (sori skema sikit)

Ermm, kat Ipoh memang ade banyak Caterer. Yang ada nama & yang xde nama. Nak jugak promote bekas majikan saya Pakeeza Restaurant & Catering. Orang kat Ipoh mmg kebanyakannye da kenal ngn PRC ni. Dan sedia maklum..harga agak mahal berbanding Caterer lain. Kalau saya sendiri, ada bajet yang lebih mmg saya pilih PRC ni sebab servis sangat tip top dari A - Z. Xyah byk pikir...if makanan x cukup pun akan settle secepat mungkin. Saya mmg yakin 99.9% ngn PRC. Da 10 thn berkhidmat ngn mereka. Da mcm2 function saya ikut. Masalah kurang la bab-bab makan ni.

Kebiasaannya, Caterer akan supply makanan & minuman + alas meja (complimentary). Untuk kerusi, meja, alas kerusi, napkin dan bbrp pekara lagi da masuk ke bab lain. Bila u oll mintak Caterer sediakan, mereka akan charge harga lebih sikit dari pembekal Khemah (kerusi meja dll). So, harap anda faham la konsep kat sini.

Refer kat post Khemah ni. Pada yang buat majlis kat rumah mesti anda perlukan khemah kan? So, di sini ade beberapa info la.

So, family saya da pun confirmkan utk order food dari Syed Jo (Sharifah Massora) Catering bagi kenduri yang bakal menjelang bulan Jun ni. Harga diberi amat berpatutan untuk menu seperti berikut:-

Nasi Putih
Nasi Minyak

Ayam Masak Merah
Daging Masak Kicap
Dalcha Sayur
Gulai Lemak Pucuk Pisang

Jelatah
Ulam & Sambal Belacan

Bubur Kacang

Buah

Air Kordial Sejuk
Air Panas (Kopi / Teh)

Memang ade Caterer yang tawarkan harga dari RM6 & ke atas. Tapi anda pastikan la apa yang anda dapat dengan harga camtu. Memang nampak murah. Tapi mungkin menunya sikit la... Kalau x kisah bab makan, kire ok la harga camtu. Lagipun ikut bajet anda jugak kan.

Menu standard untuk kenduri kahwin.

Nasi Putih (On request)
Nasi Minyak

Ayam Masak ...
Daging Masak ....
Kuah (Kari / Masak Lemak / Dalcha)
Sayur

Buah

Air

Menu camni paling murah boleh dapat RM7.00. Tapi,ade jugak yang Caterer biasa-biasa boleh bagi RM6.50. Tapi servis kira biasa la kan. Skg ni kalau kita tak nak urus-urus basuh pinggan bagai....tak mengapa keluarkan beberapa sen lebih kerana tenaga kita da selamat untuk wat keje tu. Dari menghidang, mengemas, membasuh...semua Caterer buat. Tapi tak salah kalau kita sebagai tuan rumah memantau Caterer tu nye keje.

Kalau nak cite memang panjang.

Kasi kat anda list Caterer kat Ipoh la untuk anda sebagai rujukan. Call mereka untuk keterangan lanjut.

1. Orange Station
    Azmi Anuar ~ 012-5704772

2. Sharifah Massora
    Syed Jo ~ 017-5819609

3. Pakeeza Restaurant
    Suraya ~ 017-5660364
    Azmi ~ 012-5704772

4. Norfar Caterer
    Hafiz ~ 017-5468897

5. Rosli Caterer (Taman Meru)

6. Abby Catering

Banyak sebenarnya dan ada beberapa Caterer yang OK kat area Tambun, Taman Perpaduan.Anda cuba cari Caterer yang biasa buat function ngn pejabat kerajaan. Tu pun kalau anda mau servis yang ok. Kalau anda nak bajet, tak ape je kalau Caterer tu xde nama.....

Ok...apa-apa sila la berhubung dengan saya ye.

Dan.... Orange Station boleh menawarkan pakej lengkap (Makanan, Khemah, Kerusi, Meja, Alas Meja, sarung Kerusi, Meja Pengantin, Meja Bertandang, PA System dengan harga yang berpatutan. Sila la hubungi person incharge untuk keterangan lanjut.

Kepada yang berada sekitar Parit dan kawasan yang sewaktu dengannya. Saya rase Caterer seperti Pak Karim, Pak Tan...sangat ok ye dari segi makanan & servis. Memang x kurang hebatnya sebab mereka punya staff ada kalangan yang bekerja hotel. Serve VVIP - VIP - Tuanku pun pernah. Begitu juga dengan Pakeeza & Orange Station. Antara yang biasa serve Tuanku-Tuanku Negeri Perak.

Sehingga berjumpa lagi....

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

ANDAINYA LELAKI TAHU!!!

Post Copy Paste dari FB My Baby Store . Mintak izin yer...

ANDAINYA LELAKI TAHU... 

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

20 April 2011

Cerita Tentang Majlis Perkahwinan: Pendahuluan Cerita

Salam...
Hi sahabat sahabat yang sudi singgah blog ini. Saya sgt hargai anda. Hanya dengan ucapan terima kasih sahaja dapat saya katakan. Hah.. da start la buat drama kat sini ye... Hehehe. Drama Queen!!!

Lama x cerita kisah kahwin - majlis perkahwinan kan? Asyik asyik cerita tentang jiwa jiwa aje.

Ok, insyaAllah andai ada kesempatan beberapa entry saya yang akan menyusul ni saya nak cite kisah kahwin aje. Khas untuk Bye Zura yg request kat saya untuk info beliau pasal hal kahwin ni. Hah, teruk kan saya? Macam la pandai sgt...saya pun x kawen lagi. Tapi, saya sekadar berkongsi apa yang saya tau aje. Umumnya untuk semua yang tersinggah kat blog ni. Khasnya untuk diri sendiri. Tapi sebab Zura pun request saya rajin2kan juga untuk buat entry tentang kisah kahwin ni. Tak susahkan saya pun. Saya sgt suka...cuma saya mintak maaf sebab saya lambat ckit update....

Mood: Jiwa-Jiwa!!

Apa yang dikongsi sekadar apa yang saya tau aje. Untuk keterangan lanjut boleh la jumpa vendor2 tersebut. Saya suka survey sebelum buat apa-apa keputusan. Tapi, kalau saya suka. Saya suka. Kalau x berapa & saya rase ade yang lain yg lagi ok...saya akan pergi tempat lain. Cerewet jugak saya ni.

Ok..sehingga berjumpa lagi & selamat membaca.

Kalau ada apa-apa terus je PM saya kat FB ye.

Thanks with-----

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Nuffnangers