CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnangers

My Heartbeat

GuestBook

Soul

19 Mei 2011

Tak Penah Pakai Sony Ericsson!!!

Sekali sudah salah anta SMS la....citttt!!! Buat x tau sudah kan.....

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 13 : Tips Untuk Dipermudahkan Jodoh

Salam...
Teruja x kawan-kawan? Ada tips pulak untuk permudahkan jodoh... boleh pecaya ke? Hah, tu la nak cite ni. Ce cite..ce cite. Hahahaha.

Al-kisahnya, hari ape ye (da x ingat la - Khamis kot) dalam minggu lepas dengar radio Sinar FM (betul kan - yg ade Kak Engku, Keril, Salleh Yaakob) Hahaha.... Siaran radio pun x dapat dikenalpasti. Hehehe... Sambung balik, citenye...tetamu jemputan masa tu Nabil Raja Lawak & Dato Dr Fadzillah Kamsah.

Tertarik dengan pertanyaan Nabil. Lebih kurang la ea die tanye cenggini : Dato, ade x tips macam mane nak kekal lame dalam industri ni (rezeki dimurahkan selalu). Lebih kurang la... pastu Dato jawab pertanyaan Nabil tu dengan info berkenaan JODOH.

Tips:

1. Selepas Solat Isyak - buatla Solat Taubat (tiap-tiap hari)
                       - beristifar 100 kali
                       - maafkan semua orang
(kalau awek-awek / pakwe-pakwe yang dulu-dulu tu, maafkanlah ape-ape pun kesalahan diorang - kata Dato)
- Terpikir la teman bahawasanya memang teman patut maafkan mereka. Kan xde jodoh. Nape x nak maafkan. Kan3?

2. Baca Doa Ulama-Ulama (Pembuka 12 Pintu - Doa Pintu 12)
Doa Pembuka 12 Pintu

(klik gambar untuk lebih jelas)
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Itulah yang sempat didengar mase tu sebab da sampai Mahkamah (ade bicara ea) sempat lagi teman dengar radio. Banyak jugak isu-isu menarik... rugi x dengar masa tu.

09 Mei 2011

4:48 PM : Tolak Tambah Darab Bahagi Akhirnya Berbaki Lebih Kurang 7 jam!!!

Yang minit-minit saat-saat tak payah kira la. Yang pasti sekejap lagi saya akan semakin menua!!!

Sekian, terima kasih.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

06 Mei 2011

Cerita Tentang Majlis Perkahwinan : UPDATE DIREKTORI PERKAHWINAN IPOH, PERAK

Direktori Campur Aduk

1. Ed Shahir - Photographer
    017-5448466

2. D' Anjung RF Taiping - Andaman
   019-5666065 / 019-5998751

3. Tracy Khong - MUA
   012-4552727 / 016-5231385

4. Azlia Asyikin Wedding Gallery Megoplex
   012-4631211 / 012-5181503

5. Intan - Body Spa
   019-3724523

6. Anona Bridal Medan Gopeng
   019-5734086 / 019-5404086

7. KJ Catering
   016-5436862 / 017-5064116

8. D' Hawa Andaman
   016-5404216 / 019-5796167

9. Sri Ayu Catering
   012-5907456 / 017-4701246

10. D' Sue House - Kek
    012-5081512

11. Chunk Enterprise - Deco & Event Management
    017-5707072

12. Anjung Ceramic - Labu Sayung
    012-5099958

13. Karim's Food & Services
    012-5051821 

14. Sharifah Massora Catering
    017-5819609

15. Ay Catering
    016-5646763 / 016-5993671

16. Cheong Ming Flower Garden - Fresh Flower
    016-5311946

17. Hamzah Kumas - Photog
    012-5540766

18. Andika Kirana - Photog
    016-5312127

19. Erlina Rahmat D' Af Bridal
    012-5007505





Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

NOTA CINTA 10: Tajuk ape nak buat? OTK Karaoke Box? Kahwin? Cinta? Hidup & Mati??

Salam...

Hi, sahabat pembaca blog Ayu yg Ayu tau mmg blog ni ntah ape2 je. Biase2 aje & banyak membebel bende yang xde faedah. Thx ea....sudi bace entry2 yang ado.

Mood: Kau yang tak mengerti ke Aku?

Thx jugak kepada silent readers sbb sudi membaca.
Cite ape ekk tengah2 pagi buta ni? Belum pagi lagi...baru 11.52pm.
Sepatutnya, Ayu da x pikirkan lagi masalah-masalah yang timbul tentang kisah lalu. Sebab sumenye da tinggal kenangan.

'Maaf sungguh ku tak bisa untuk kembali padamu...

Berulang kali da perkataan tu kua dalam beberapa entry dlm blog picisan ni. Tapi, npe masih ade masalah?

Kebahagiaan dalam perpisahan... Ayu da temui kebahagiaan itu.

Tak ade ape-ape lagi kaitan Ayu ngn kisah lalu. Kalau ada pun nombor plat kete. Tak kan nak jual kete walaupun Ayu cam gedix-gedix nak tukar kete kan.Hahahaha....

Da banyak da disakiti.

Da semakin tua da Ayu ni...

Da redha da.

'Hang bahagia ke x ngn pilihan hang,i dont care!!'
Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

05 Mei 2011

NOTA CINTA 11: Kit Kat Tinggal Kenangan!!!


Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggalkan kenangan!!


Jangan kau rayu!!!


Benci Bilang Cinta


Trauma!!!


Selamat Jalan Romeo....!!!
 Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

04 Mei 2011

Cerita Tentang Majlis Perkahwinan : Terus Terang Saya Tak Berkenan Dengan Hasil Baju Yang Di Jahit!!!

Even bukan Ayu yang nak kawen but still Ayu nak yang terbaik untuk bakal pengantin. Penat jek sketch design baju... Lain yang nak, lain jadinya.

Sekarang dalam otak sedang pikir untuk tempat jer persalinan baju pengantin perempuan untuk bersanding & bertandang.

Biar simple asal jahitan kemas. Biar simple asal nampak gojes!!!

Ayu x la cerewet mane pun. Asalkan cantik da ok da walaupun design lari sikit. Boleh x jahit baju tu & kita yang tengok pun tau kain tu kain murah & jahitan mmg x kemas. Kalau kain murah, jahitan kemas mmg nampak cantik...

And my other design diorang gune jugak untuk buat satu collection wed outfit diorang. I think so... Hehehe.

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Kelenjar Tiroid [2]

Salam...


Tiba-tiba Ayu rase cam nak kongsi cerita sal Tiroid ni even Ayu pun x berapa arif sangat tentang masalah kesihatan yang satu ni.

Ulang tayang:
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Yang Ayu tandakan merah tu antara gejala yang Ayu alami. Ayu da p check up mase 01.04.2011 dan da amik darah dan telah disahkan menghidapi TIROID. Yang pasti kate doktor penyakit ni x la bahaya sgt. Boleh dibaik pulih asalkan makan ubat dengan teratur. Ia cuma masalah hormon yang berlebihan. So, makan ubat untuk seimbangkan kadar pengeluaran hormon. Hormon tiroid la kot!!

Nak tau x camne Ayu tau dan tergerak hati nak p jumpe doctor utk check up?

Nak la yer...

Kalau x nak pun nak cite juge... Hehehe.

Sebenarnya, Ayu punye tangan sangat suke menggeletar cam orang Pakinson tu. Hah,mmg sejibik la cam orang Pakinson. Huhu... Tapi, Ayu ingat xde ape sbb Ayah pun tangan die menggeletar, da lame da. So, x nak risau sgt + kazen yang perempuan ade 2 orang yg suke menggeletar tangan. Ayu anggap ia penyakit keturunan...

Pastu, tetiba muncul la bengkak kat leher Ayu ni. Perasan la bengkak tu + ade jugak orang yang menegur. Huh, tu la wat Ayu becongak-congak nak p jumpe doc ke x. Tapi setelah setahun Ayu masih x p jumpe doc. Takut!!! Hahaha...

Perubahan lain ialah degupan jantung. Ni mmg wat Ayu sgt khuatir ea... Tak nak la mude2 da sakit jantung. Nauzubillah,mintak dijauhkan la dari penyakit tu baik mase muda atau mase tue nant. Amin.

Korang tau tak rase yang berdebar amat sangat tu camne? Tapi ni cam jantung tu ditarik2. Cam..........bayangkan bila kite terkejut tu rase jantung camne. Degupan pun laju... Hah,cenggitu  ler. Susah teman nak cite. Tapi ini amat menakutkan yer....

Dan, Ayu adalah seorang yang x tahan sejuk dulu. Camne pun keadaan Ayu akan tidur dengan berselimut satu badan. Dok kat opis pun dengan sarung kaki shawl kot sume lengkap. Ye la..dok dalam aircond kan. Dan Ayu jugak mmg susah nak berpeluh tau dulu. Ko bersukan la camne pun, peluh tu xde la maha hebat die keluar. Tapi sekarang, x heran pun selimut ke sarung kaki ke shawl ke.... Orang lain dok sejut gedix gedix, Ayu mmg relax ea. Siap sape pegang tangan Ayu heran ea nape tangan Ayu panas. Habis Ayu lagi la heran..... Kalau kua dari opis ni, Ayu cam da tekanan da ea..x rela nak berpanas [cam puteri lilin] Mana x nye... Kalau kene matahari,mmg berpeluh. So, Ayu akan jadi x selesa & rase nak mandi je. Kalau kat umah, tgh2 malam Ayu rase panas...mmg Ayu mand. X kisah la kul brp pagi pun. Dan, Ayu akan tidur dengan kipas betul2 menghala kat Ayu. Jgn la sape pun gerakkan kipas tu...

Tu la citenye....korang yang ade gejalan2 cam kat atas tu, p la wat check up.

Ayu pun nasib baik jugak sbb pekerja Mak pun cam ade tiroid & da tahap cam teruk jugak kot... Tu mak pakse2 Ayu g hospital jugak. Dan terpergi la Ayu ke hospital

....dan,

Ayu punya ubat memang sebeban la dalam simpanan ke sana dan ke mari. Tapi sejak kene makan ubat tu, ade la jugak yang termissed makan...biasala kadang terlupa kan.




Bekalan ubat yang perlu dimakan dari
14.04.2011 - 12.05.2011
selama 2 tahun tanpa henti
Dan baru makan ubat tu tak sampai sebulan berat kat muka Ayu semakin menjadi-jadi naiknye ye. Seyes..bile senyum + time pakai tudung, pipi aje yang menonjol. Maka dengan itu, Ayu berdoa semoga bila p amik darah ujung bulan ni... mase amik result nant, harap doctor dapat sahkan Ayu da x ade lagi penyakit Tiroid ni. Amin.... 

Sebelum makan ubat hospital ni, Ayu try makan VCO (Catlyst2u.net). So, kite tunggu la ape akan jadi bile Ayu amik darah ujung bulan nant.....

P/S: Doakan saye ye kawan2.... Hargai kawan2 semua!! Muah!

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Kelenjar Tiroid [1]

Info Kesihatan:
Sumber dari Wikipedia (ori copy & paste)

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia

Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur yang dinamakan isthmus atau ismus. Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid.

Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa Latin ertinya penyempitan merupakan struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 2-3 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya. Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari ismus ke bawah

Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak berhampiran (di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati.

Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteri inferior thyroid yang merupakan cabang daripada thyrocervical trunk (cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima.

Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan asam amino tirosin yang kemudian akan diubah menjadi T3 (triiodotironin) dan T4 (triiodotiroksin). Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.

T3 dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP = adenosin tri fosfat). T3 bersifat lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di otak tengah.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (thyroid releasing hormon) dan TSH (thyroid stimulating hormon). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem aksis otak (hipotalamus dan pituitari)- kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan oleh hipotalamus yang kemudian merangsang kelenjar pituitari mengeluarkan TSH. TSH yang dihasilkan akan merangasang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4. Oleh kerena itu hal yang mengganggu jalur di atas akan menyebabkan produksi T3 dan T4

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.



Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Nuffnangers