CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnangers

My Heartbeat

GuestBook

Soul

21 Jun 2011

Info: Wedding Videographer @ Ipoh dan yang sewaktu dengannya

Salam....

Berkongsi info lagi untuk B2B kat area Ipoh dan yang sewaktu dengannya.

PERLUKAN Wedding Videographer?

Silalah jenguk Encik Nairul Hafiz (Your Wedding Videographer)
FB: Nairul Hafiz (NH Narrative)
Blog: http://www.nhnarrative.blogspot.com/

Ayu x berapa nak pasti tentang harga tapi tgk cara keje, OK. Ni pun Ayu tgk mase time Ayu wat function wedding baru-baru ni.

Selamat bekerja keras untuk hari bersejarah anda!!

Muah!
Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

17 Jun 2011

NOTA CINTA 15: Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha-usaha lain)

Salam....

Alhamdulillah kerana kita masih berpeluang bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Penghulu segala hari....

Nak berkongsi sedikit dengan sahabat handai.

Fadhilat mengamalkan Ayat-ayat dari Surah Taaha.

Antaranya: Petua untuk dapat jodoh



1. Amalkan Ayat 131 & 132 Surah Taaha selepas solat setiap solat fardu.

2. Boleh juga amalkan Surah Yusuf Ayat 4 selepas solat setiap solat fardu.

Untuk ketahui lebih Fadhilat mengamalkan Ayat-ayat dari Surah Taaha bolehlah melawat:-



Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

14 Jun 2011

INFO: Kekotakku Crew Online (KKKOC) Agen Untuk Tempahan Sticker bagi Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia

Salam....

Hi frens.....
Update & Info terbaru....

Ayu sekang ni adalah salah seorang Agen Sah Kekotakku Online Crew bagi tempahan sticker-sticker dari Kekotakku.

Bagi yang ingin membuat tempahan sticker dari Kekotakku bolehlah membuat tempahan dari Ayu. Segala perbincangan, keterangan lanjut akan dibuat melalui email & PM di FB.

Ayu akan update design-design sticker soon.....

Tunggu yer....

KKKOC06
NOR YUHAINI BINTI MOHD RADZI

yuhaini_ayu@yahoo.com
FB: Yuhaini Ayue Mohd Radzi

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

12 Jun 2011

NOTA CINTA 12: Walau sekejap waktu......

Mood: Luahan Hati Lagi.....

Kenangan yang sedikit itu kerap kali datang.....
Rindu sangat saat itu walau hanya untuk seketika ia hadir dalam hidup ini....
Dan engkau yang berikan kenangan itu telah pergi.....
Sesungguhnya, teramat merindui engkau & kenangan itu.....

'Tiada kuasa untuk kita menyintai tanpa Allah swt yang tetapkan'

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

09 Jun 2011

Manusia Tidak Sempurna....

Salam.....

Mood: Luahan Hati (Kristal)

Kerana manusia tidak sempurna redha kan aje perangai mereka yang mencapetkan mental & fizikal. Sikap pentingkan diri sendiri. Sikap die je yang betul. Sikap yang nak jatuhkan orang. Sikap tak senang dengan kesenangan orang lain. Sikap kepimpinan yang rapuh. Sikap pendirian yang tak teguh. Sikap yang suka dengar cakap orang. Sikap kipas mengipas. Sikap bodek membodek. Sikap tangran. (same je ketiga-tiga sikap ni). Dan, semua sikap-sikap negatif ni masih beraja di hati manusia. Semoga mereka sentiasa mendapat berkat & dilindungi Allah swt. Amin... Perlu diingat, hari ni kita buat orang. Esok lusa kalau diri sendiri yang tak kene, anak bini suami adik beradik mak bapak pulak yang kene, APAKAH ANDA RASE??? Oleh itu, sila lah bertolak ansur. Pikirlah sebelum membuat bende2 terkutuk ni. Saya juga tidak sempurna. Semua orang tidak sempurna. Kenapa nak jatuhkan hukuman kalau takdir tak menyebelahi anda. Apa yang jadi dalam kehidupan kita telah direncanakan Allah swt.....

P/S: Tak semestinya cantik luaran, dalaman jugak cantik!!! Kalau dalaman tak cantik maka luaran jugak tak cantik....

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

08 Jun 2011

Terbiar Usang....

Kesian belog ni...
Da terbiar usang selama beberapa hari...

Bukan sengaja ye....
Cik Puan Empunya Belog sedang bizi siap2kan Majlis Perkahwinan Adik...

Alhamdulillah,semuanya da selesai.
Da 3 hari da majlis berlalu....

Pasni,bolehlah saya kongsi tips-tips menjelang hari perkahwinan baik untuk B2B mahupun untuk ahli keluarga.....

Kepada pasangan pengantin baru 'Reza & Ima'...
Kak Long doakan semoga perkahwinan korang kekal sampai akhir hayat....
Bersabar banyak-banyak dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri - ibu ayah...
Dugaan akan datang silih berganti menguji hamba-Nya....
Lalui semua itu dengan tabah....
Sebelum buat ape-ape pun, pikir masak-masak...
Jangan terlalu ikutkan hati & perasaan....
Semoga bahagia....
Biar besusah-susah dahulu, insyaAllah...akan besenang-senang di kemudian hari.....
Rancang kehidupan bekeluarga dengan baik....
Sekali lagi, tahniah....
Semoga bahagia kekal abadi hubungan korang sebagai suami isteri selamnya...
Amin.....

Lurve,
~ ^^Ayu^^ ~

Nuffnangers